Pages

Sambutan Guru ETA Ms Antwonett Atkins

4 Februari 2013, Isnin - Majlis Sambutan Guru ETA 2013  telah diadakan pada hari ini untuk menyambut kedatangan Ms. Antwonett Atkins. Majlis dimulakan dengan paluan kompang oleh pasukan kompang SMKC dan Ms. Atkins diiringi ke Medan Ilmu oleh Datin Hajah Fauziah, Pn Maznah, En Muhammad Nordin, Pn Lee Geok Pei, Pn Aunillah dan Pn Parimalaganthi. Majlis diteruskan dengan persembahan silat oleh pasukan silat SMKC dibawah bimbingan Pn Yusnira dan Pn Norkhatijah. Aturcara seterusnya ialah ucapan pengenalan program ETA dari Pn Parimalaganthi seterusnya menjemput Ms. Atkins untuk memberi ucapan. Majlis diakhiri dengan ucapan oleh Datin Hajah Fauziah Bt Ismail untuk mengalu-alukan kedatangan Ms. Atkins ke SMK Cenderawasih. Alhamdulillah walaupun cuaca tidak mengizinkan dan hujan renyai, majlis dapat dijalankan dengan baik.





SMK CENDERAWASIH

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.