Pages

Pertandingan Montaj Sekolah @ KARNIVAL KRE8TIF KUANTAN 2012

15 Disember 2012, Sabtu : Pada hari ini telah berlangsung Karnival Kre8tif Kuantan 2012 di Farba Studio, Indera Mahkota 8, Kuantan. Matlamat & Objektif Karnival Kre8tif ini adalah untuk :
  • Melahirkan pelajar dan masyarakat yang kreatif dalam bidang animasi dan multimedia.
  • Menanamkan minat para pelajar untuk meneroka bidang animasi dan grafik secara tidak langsung.
  • Mewar-warkan pusat kegiatan Persatuan Animasi Malaysia (Pantai Timur).
  • Mempertemukan 3 pihak iaitu industry, institusi pendidikan dan agensi kerajaan dalam bidang animasi dan multimedia.
  • Mengembangkan bidang animasi dan multimedia di Pantai Timur.
  • Menjadikan Kuantan sebagai hub bidang animasi dan multimedia di Pantai Timur.

Karnival Kreatif ni diadakan sempena dengan Pameran Artwork CCDT(Creative Content Development Technology) Aktiviti utama Karnival ini ialah Pameran Animasi dan Pertandingan Montaj Antara Sekolah Daerah Kuantan anjuran bersama Farba Studio, Kolej PSDC (Pahang Skills Development Centre) dan ANIMAS. Lima buah sekolah telah terpilih ke peringkat akhir iaitu SMK Cenderawasih, SMK Sultan Abu Bakar(SABS), SMK Air Putih, SMK Sungai Soi dan SMK Pandan. Alhamdulillah SMK Cenderawasih mendapat tempat kedua. Tahniah!. 

Johan - SMK Air Putih
Naib Johan - SMK Cenderawasih
Ke 3 - SMK Sultan Abu Bakar
Ke 4 - SMK Sg Soi
Ke 5 - SMK Pandan

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Farba Studio kerana memilih SMK Cenderawasih untuk turut serta dalam pertandingan ini dan juga telah memberikan kami satu pasukan yang sangat komited dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan montaj SMKC. Antara ahli pasukan yang terlibat ialah:
1.Masnita Binti Mohd Nur (Pahang Skills Development Centre)
2.Ifah Zanariah Bt Osman  (Pahang Skills Development Centre)
3.Mohamad Azmil Amirul Bin Mohamed Shariffuddin  (Pahang Skills Development Centre)
4.Akmal Idham Bin Mohd Nadzir (Kolej Poly-Tech 
  

Projek ini bermula seawal bulan Oktober apabila En Bahrin dan juga wakil-wakil dari Farba Studio datang ke SMKC untuk perbincangan awal mengenai projek ini. Pihak sekolah diminta untuk menyediakan lima orang wakil yang terdiri daripada murid-murid sekolah. Pihak sekolah telah memilih pelajar-pelajar tingkatan enam antaranya Muhammad Azfar, Mohd Khusyairi, Megat Akeem, Munirah dan Shuhadah untuk mewakili SMKC. 






Perbincangan awal Farba Studio bersama wakil SMKC

Gambar Sekitar Hari Karnival Kre8tif Kuantan 2012









SMK CENDERAWASIH

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.