Pages

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012

14 Julai 2012, Sabtu - Pada hari ini telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012 untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mencapai keputusan terbaik PMR 2011, SPM 2011, STPM 2011 dan juga Ujian Pertengahan Tahun 2012. Selain itu juga, turut disampaikan Anugerah Kecemerlangan untuk Kokurikulum, Sahsiah, Bina Insan, Pengawas , Staf Sokongan dan juga Guru.
Majlis yang diadakan di Bilik Kejuruteraan ini bermula dengan pendaftaran penjaga, guru dan penerima anugerah seawal jam 8.30 pagi. Ketibaan Perasmi iaitu En Mohammad Rosli Bin Abdul Rahman pada jam 9.15 pg disambut dengan pasukan kompang dan silat. Majlis diteruskan pula dengan ucapan aluan pengerusi majlis oleh Pn Nor Azilah dan Pn Sharifah Zawiyah untuk mengalu-alukan kedatangan tetamu jemputan , ajk PIBG dan ibubapa. Majlis seterusnya menjemput Ustaz Mohd Zaki untuk memimpin bacaan doa.
Seterusnya ialah ucapan aluan oleh Datin Hajah Fauziah Bt Ismail dan juga ucapan Perasmian oleh En Mohammad Rosli B Abdul Rahman diikuti oleh persembahan multimedia . Majlis Penyampaian Hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang disambung selepas minum pagi. Tahniah kepada semua penerima hadiah...























SMK CENDERAWASIH

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.