Pages

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-9

25 Februari 2012, Sabtu - Mesyuarat Agung PIBG kali ke-9 telah diadakan pada hari ini. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi dengan pendaftaran guru, ibu bapa dan penjaga. Mesyuarat bermula pada pukul 9.00 pagi dengan ucapan alu- aluan daripada pengerusi majlis iaitu Pn Norliza Nazeer dan Pn Umi Kalsom A. Wahab. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zaki. Seterusnya ialah ucapan daripada Datin Hajah Fauziah Bt Ismail, Pengetua SMK Cenderawasih dan diikuti ucapan daripada YDP PIBG 2011/12, En Nik Kamarulzaman B Nik Ahmad. Selepas itu, pembubaran AJK PIBG 2011/12 dan diikuti pelantikan AJK PIBG 2012/13 yang dikendalikan oleh En Nik Kamarulzaman. Senarai AJK PIBG 2012/13 akan ditulis pada entri berikutnya. Selepas selesai pelantikan AJK PIBG yang baru, mesyuarat diteruskan dengan membincangkan usul yang diterima iaitu berkaitan tempat letak motor pelajar dan pertandingan keceriaan kelas. Majlis bersurai pada jam 11.15 pagi. 












SMK CENDERAWASIH

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.