Pages

Majlis Penyampaian Watikah Badan Kepimpinan Pengawas 2012

22 Februari 2012, Rabu - Pada hari ini telah diadakan Majlis Penyampaian Watikah untuk Badan Kepimpinan Pengawas SMK Cenderawasih 2012. Majlis ini disempurnakan oleh C/INSP SHARIF RAKMAN BIN NASIR. Majlis dimulakan sejurus ketibaan C/INSP SHARIF dengan bacaan doa dan seterusnya nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang dan Lagu Sekolah.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Tuan Pengetua SMKC, Datin Hajah Fauziah Bt Ismail, AAP dan juga ucapan Perasmian oleh C/INSP Sharif Rakman B Nasir. Seterusnya ialah Acara Penyampaian Watikah kepada pengawas-pengawas 2012 dan majlis diakhiri dengan Ikrar pengawas yang diketuai oleh Khairul Hafizuddin.








SMK CENDERAWASIH

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.